Aluan Pengetua

Assalamuallaikum w.b.t..

     Dengan terbinanya SMK Tapu ianya menjadi satu sejarah yang sangat bermakna kepada masyarakat setempat, sejak sekian lama terpaksa bersusah payah menghantar anak-anak menimba ilmu jauh dari rumah. Sebahagian nya pula terpaksa tinggal di asrama. Dalam menghadapi situasi begini Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa merancang dan merencanakan pelbagai dasar dan program dalam mentransformasikan sistem pendidikan. Pengisian yang berwibawa dan konkrit amatlah diperlukan dari semua warga pendidik khasnya.
    Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan mampu bersaing di peringkat nasional dan seterusnya di pentas antarabangsa.
    Justeru itu, pembinaan blog sekolah ini juga merupakan satu usaha yang dilakukan untuk melahirkan anak didik yang kreatif dan berinovatif. Disamping itu pendedahan kepada bidang IT yang menjadi satu keperluan untuk mengetengahkan diri pelajar dalam bidang kerjaya yang berpotensi di masa kini.
   Tahniah di atas usaha guru-guru untuk terus membawa SMK Tapu ke tahap yang lebih cemerlang. Semoga usaha begini akan diteruskan sehingga ke tahap yang lebih tinggi.
   Akhir kata, harapan saya agar semua guru tidak akan berputus asa untuk terus melayari bahtera pendidikan ini demi  bangsa, agama dan negara yang tercinta.

Sekian, terima kasih.


SHAMSUDDIN ABD.RAHMAN
Pengetua SMK Tapu.