Wednesday 30 January 2013

Amalan Guru Penyayang

 

Guru, kakitangan dan  pelajar yang dilahirkan pada bulan Januari telah diraikan. Sambutan Hari Lahir ini telah diadakan pada 30 Januari 2013. Pengetua telah meluangkan masa untuk menyampaikan kad ucapan sempena hari lahir kepada mereka yang diraikan. Kaunselor sekolah, Pn.Chamely Mobarak Sheikh berkata, program ini akan diadakan pada setiap bulan dan bagi mereka yang dilahirkan pada bulan November dan Disember , sambutan akan dipercepatkan dan disambut pada bulan Oktober. Beliau juga berharap Program Amalan Guru Penyayang ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim semua warga SMK Tapu.

Tuesday 29 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Unit Dakwah dan Agama sekolah telah bersetuju mengadakan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W atau pun Sambutan  Maulidur Rasul pada 29 Januari 2013, hari Selasa. Sambutan ini telah dimulakan dengan perarakan dan selawat dari dewan sekolah menuju ke Masjid Kg.Tapu. Pihak jawatankuasa masjid telah sama-sama menyertai sambutan dan kerjasama yang erat dalam menjayakan sambutan ini. Ceramah agama juga diadakan di masjid dan telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Ash-Shafie ,Iman Masjid Besar Kuala Berang. Kelab Guru dan Kakitangan sekolah juga menyediakan jamuan untuk semua jemputan dan pelajar sekolah.

Monday 21 January 2013

Bantuan Wang Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Wang Awal Persekolahan kepada semua pelajar telah diadakan pada 21 Januari 2013 dan telah disempurnakan oleh YB.Tuan Hj.Zawawi Ismail, ADUN Kuala Berang. Majlis ini juga dihadiri sama oleh Tuan Haji Safrudin Ali Husin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
 Turut sama dalam majlis penerimaan bantuan ini ialah pelajar dari sekolah berdekatan iaitu SK.Tapu dan SK.Pasir Tinggi. Semua pelajar telah diberikan bantuan sebanyak RM100 setiap seorang. Kedatangan ibubapa pada majlis ini amatlah membanggakan dan telah memeriahkan lagi majlis yang telah diadakan.

                      
Sepanjang majlis diadakan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

                                

Telah diadakan pada hari Khamis, 17 Januari 2013. Tuan Pengetua telah melepaskan pelajar untuk memulakan larian sejauh 7 km. Kategori bawah 18 tahun lelaki telah dimenangi oleh Nasarudin Abdullah dari Tingkatan 5, Kategori bawah 15 tahun lelaki pula dimenangi oleh Naim Jusoh dari Tingkatan 3 sementara bagi kategori perempuan pula dimenangi oleh Nor Jannah ( 18 tahun) dan Nurul Asmainey ( 15 tahun ). Rumah Hijau masih mengekalkan kejuaraan keseluruhan diikuti oleh Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Biru.