Thursday, 14 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 3

Mesyuarat Agung PIBG, SMK Tapu diadakan pada 16 Mac 2013 , hari Sabtu. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh En.Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Jawatankuasa PIBG juga turut sama menjemput En.Jalaludin Ismail,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT


 Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 11 Mac sehingga 14 Mac 2013 yang lepas. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor.
Atlet dari SMK.Tapu turut sama menyertai acara yang diadakan. Setiausaha Sukan, En. Mohd Hasnizan Sulong hanya menghantar peserta untuk acara terpilih sahaja kerana kekurangan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, atlet yang terpilih telah menunjukkan kesungguhan dalam acara yang disertai. Pencapaian yang diperolehi oleh kontigen SMK Tapu amat memberangsangkan jika hendak dibandingkan dengan bilangan pelajar dan kemudahan yang ada.
Atlet SMK Tapu telah merangkul emas dalam lima acara yang disertai. Mohd Nasarudin telah mendapat tiga emas bagi acara Lompat Kijang L18 tahun, Lompat Jauh L18 dan Lompat Tinggi L18. Bagi acara lompat tinggi, Mohd Nasarudin telah membuat lompatan setinggi 1.80m dan telah memecah rekod kejohanan. Tuaian emas juga telah dicapai bagi acara Lempar Cakera L18 yang disertai oleh Mohd Syuaib dan acara Lompat Jauh P15 melalui Marwani Fhakirah.
Mohd Nasarudin juga telah terpilih sebagai olahragawan bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT 2013. Secara keseluruhannya SMK Tapu berada di tempat ke empat .
Tahniah kepada semua dan anda semua menjadi kebanggaan warga sekolah.

Friday, 8 March 2013

 
Pengetua menerima kad ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru
 
 
Sambutan hari lahir bagi warga yang dilahirkan bulan Februari bagi program Amalan Guru Penyayang telah diadakan pada 4 Mac yang lepas. Tuan Pengetua adalah merupakan salah seorang warga sekolah yang diraikan. Sambutan ini diadakan sewaktu perhimpunan mingguan dan telah diraikan oleh semua warga sekolah.
 
SELAMAT HARI LAHIR

Monday, 25 February 2013

Penyampaian Watikah Pengawas dan Pengawas PSS

Majlis Penyampaian Watikah kepada pengawas telah diadakan pada pagi Ahad, 24 Februari 2013 yang lepas. Majlis perasmian dan penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Azmi bin Awanglah, Ketua Siasatan Bahagian Jenayah, IPD Kuala Berang. Seramai 24 orang pengawas dan 20 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah telah menerima Sijil Perlantikan pada hari tersebut. Semoga semua pelajar yang dilantik dapat melaksanakan tugas membantu guru dalam meningkatkan lagi disiplin rakan pelajar yang lain.

Kursus Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Badan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama kaunselor Sekolah telah berjaya mengadakan satu kursus kepimpinan yang telah diadakan pada 21 Februari dan 22 Februari 2013 yang lepas. Kursus kepimpinan ini diadakan di SMK Tapu dan dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsudin Abd.Rahman,Pengetua SMK Tapu. Diharapkan dengan kursus ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pengawas.

Diskusi Ilmu

Jawatankuasa Projek dan kerjasama dengan Kaunselor Sekolah telah menjayakan program Diskusi Ilmu yang telah diadakan di sekolah pada 21 Februari 2013. Majlis ini adalah bertujuan untuk bertemu ibu bapa bagi membincangkan masalah pembelajaran anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Pada majlis ini juga, keputusan TOV diserahkan untuk pengetahuan ibu bapa pencapaian yang telah diperolehi oleh anak mereka. Tuan Haji Saifudin Ali Hussin,Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah meluangkan masa bersama-sama ibu bapa dan turut memberi perangsang kepada ibu bapa agar turut bekerjasama bagi mencapai kecemerlangan.