Thursday 14 March 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT


 Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 11 Mac sehingga 14 Mac 2013 yang lepas. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor.
Atlet dari SMK.Tapu turut sama menyertai acara yang diadakan. Setiausaha Sukan, En. Mohd Hasnizan Sulong hanya menghantar peserta untuk acara terpilih sahaja kerana kekurangan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, atlet yang terpilih telah menunjukkan kesungguhan dalam acara yang disertai. Pencapaian yang diperolehi oleh kontigen SMK Tapu amat memberangsangkan jika hendak dibandingkan dengan bilangan pelajar dan kemudahan yang ada.
Atlet SMK Tapu telah merangkul emas dalam lima acara yang disertai. Mohd Nasarudin telah mendapat tiga emas bagi acara Lompat Kijang L18 tahun, Lompat Jauh L18 dan Lompat Tinggi L18. Bagi acara lompat tinggi, Mohd Nasarudin telah membuat lompatan setinggi 1.80m dan telah memecah rekod kejohanan. Tuaian emas juga telah dicapai bagi acara Lempar Cakera L18 yang disertai oleh Mohd Syuaib dan acara Lompat Jauh P15 melalui Marwani Fhakirah.
Mohd Nasarudin juga telah terpilih sebagai olahragawan bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT 2013. Secara keseluruhannya SMK Tapu berada di tempat ke empat .
Tahniah kepada semua dan anda semua menjadi kebanggaan warga sekolah.

No comments:

Post a Comment