Friday 22 March 2013

KEPUTUSAN SPM 2012


Kumpulan pelajar pertama bagi peperiksaan awam SPM telah mendapat keputusan bagi SPM 2012 pada 21 Mac 2013. Gambar di atas adalah pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik dalam keputusan lepas. SMK Tapu telah berjaya menjauhkan diri daripada berada di tempat tercorot bagi peringkat daerah dan negeri. Bagi SMK Tapu, sebagai sekolah baru dan generasi pertama SPM diterima dari sekolah yang berdekatan, keputusan yang diperolehi boleh dibanggakan. Bagi kelayakan SPM, SMK Tapu telah mencatatkan keputusan 96.97% dengan seorang sahaja pelajar yang gagal mendapat sijil dan tempat ketujuh daripada lima belas buah sekolah dalam daerah. Semoga keputusan ini akan dapat meningkatkan lagi usaha pelajar dan guru untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah khasnya

HARI 3P



Sambutan Hari Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual ( Hari 3P) diadakan pada 21 Mac 2013 bertempat di SMK Tapu. Hari 3P dimulakan dengan senamrobik dan disertai sama oleh pelajar dari SK Tapu.Selain itu juga, Ujian SEGAK dan melukis juga diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari 3P peringkat sekolah.

Monday 18 March 2013

LIMA EMAS MSSDHT 2013

Atlet emas SMK Tapu bersama guru pengiring ,
En.Abd Hadi Wahab dan SU Sukan, En.Mohd Hasnizan Sulong.
 
Mohd Nasarudin memunggut tiga emas dalam Kejohanan Balapan dan Padang.
Diumumkan sebagai Olahragawan Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT 2013

Thursday 14 March 2013

PERTUKARAN SETARA PENTADBIRAN SEKOLAH.

Hj.Manan Mat Min, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah bertukar ke SMK.Tg.Ampuan Intan dan tempat beliau digantikan oleh En.Abu Hasmadi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari SMK.Seri Berang. Pertukaran ini berkuatkuasa pada 17 Mac 2013.
Pertukaran setara ini adalah pertukaran biasa mengikut keperluan dalam pengurusan sekolah. Hj.Manan Mat Min adalah merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pertama dilantik di SMK Tapu. Beliau antara salah seorang yang berusaha untuk membolehkan SMK Tapu mula beroperasi pada 1 Mac 2011.
Warga SMK Tapu dan PIBG sekolah mengucapkan terima kasih atas segala khidmat yang dicurahkan dan selamat berkhidmat di sekolah baru.
Selamat datang juga diucapkan kepada En.Abu Hasmadi ke SMK Tapu.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 3

Mesyuarat Agung PIBG, SMK Tapu diadakan pada 16 Mac 2013 , hari Sabtu. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh En.Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Jawatankuasa PIBG juga turut sama menjemput En.Jalaludin Ismail,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT


 Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 11 Mac sehingga 14 Mac 2013 yang lepas. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor.
Atlet dari SMK.Tapu turut sama menyertai acara yang diadakan. Setiausaha Sukan, En. Mohd Hasnizan Sulong hanya menghantar peserta untuk acara terpilih sahaja kerana kekurangan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, atlet yang terpilih telah menunjukkan kesungguhan dalam acara yang disertai. Pencapaian yang diperolehi oleh kontigen SMK Tapu amat memberangsangkan jika hendak dibandingkan dengan bilangan pelajar dan kemudahan yang ada.
Atlet SMK Tapu telah merangkul emas dalam lima acara yang disertai. Mohd Nasarudin telah mendapat tiga emas bagi acara Lompat Kijang L18 tahun, Lompat Jauh L18 dan Lompat Tinggi L18. Bagi acara lompat tinggi, Mohd Nasarudin telah membuat lompatan setinggi 1.80m dan telah memecah rekod kejohanan. Tuaian emas juga telah dicapai bagi acara Lempar Cakera L18 yang disertai oleh Mohd Syuaib dan acara Lompat Jauh P15 melalui Marwani Fhakirah.
Mohd Nasarudin juga telah terpilih sebagai olahragawan bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT 2013. Secara keseluruhannya SMK Tapu berada di tempat ke empat .
Tahniah kepada semua dan anda semua menjadi kebanggaan warga sekolah.

Friday 8 March 2013

 
Pengetua menerima kad ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru
 
 
Sambutan hari lahir bagi warga yang dilahirkan bulan Februari bagi program Amalan Guru Penyayang telah diadakan pada 4 Mac yang lepas. Tuan Pengetua adalah merupakan salah seorang warga sekolah yang diraikan. Sambutan ini diadakan sewaktu perhimpunan mingguan dan telah diraikan oleh semua warga sekolah.
 
SELAMAT HARI LAHIR