Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2012
SMK Tapu telah berjaya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan pada 11 hingga 13 Julai 2012 yang lepas. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Kem Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin , Merang, Setiu,
Perkhemahan Tahunan kali Ke 2 ini disertai oleh seramai 75 orang pelajar dari lima unit uniform sekolah yang terdiri daripada Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam. Pengetua, Tn.Hj.Shamsudin Abd.Rahman telah merasmikan perkhemahan tersebut dan bersama-sama menyertai aktiviti pelajar selama satu hari. Rata-rata pelajar yang menyertai perkhemahan merasa gembira dan berpuashati dengan aktiviti yang disediakan.
No comments:
Post a Comment