Saturday 14 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sedang berjalan di beberapa daerah. Guru yang mengajar Tingkatan Satu bagi semua mata pelajaran  didedahkan bagaimana melakukan pentaksiran dan penyediaan eviden. Bagi daerah Hulu Terengganu, kursus  PBS diadakan di beberapa buah Pusat Kegiatan Guru dan bergabung bersama daerah Marang. Siri pertama telah diadakan pada 8 hingga 10 April  2012 yang lepas.
 PBS ini adalah satu pentaksiran untuk menilai pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan dilakukan secara berterusan. Sementara Lembaga Peperiksaan akan melakukan Pentaksiran Pusat (PP) melalui pemarkahan yang dikira melalui pencapaian 'band' pelajar dan diisi secara atas talian oleh Setiausaha Peperiksaan sekolah. Ini bermakna pelajar Tingkatan Satu pada tahun ini tidak akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang dimansuhkan bermula tahun 2014.
PBS ini terbahagi kepada penilaian bukan akademik iaitu Pentaksiran Psikometrik (dilakukan oleh Kaunselor Sekolah) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikum (PAJSK). Sementara penilaian akademik pula dilakukan secara Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah.
Bagi menjamin kualiti pentaksiran beberapa langkah yang diambil ialah Pemantauan, Penyelarasan, Pementoran dan Pengesanan akan dijalankan sepanjang pentaksiran. Langkah menjamin kualiti ini akan dilaksanakan oleh pihak sekolah itu sendiri dan juga Lembaga Peperiksaan.

No comments:

Post a Comment