Hj.Manan Mat Min, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah bertukar ke SMK.Tg.Ampuan Intan dan tempat beliau digantikan oleh En.Abu Hasmadi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari SMK.Seri Berang. Pertukaran ini berkuatkuasa pada 17 Mac 2013.
Pertukaran setara ini adalah pertukaran biasa mengikut keperluan dalam pengurusan sekolah. Hj.Manan Mat Min adalah merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pertama dilantik di SMK Tapu. Beliau antara salah seorang yang berusaha untuk membolehkan SMK Tapu mula beroperasi pada 1 Mac 2011.
Warga SMK Tapu dan PIBG sekolah mengucapkan terima kasih atas segala khidmat yang dicurahkan dan selamat berkhidmat di sekolah baru.
Selamat datang juga diucapkan kepada En.Abu Hasmadi ke SMK Tapu.
Maklumat Tapu
Thursday, 14 March 2013
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 3
Mesyuarat Agung PIBG, SMK Tapu diadakan pada 16 Mac 2013 , hari Sabtu. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh En.Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Jawatankuasa PIBG juga turut sama menjemput En.Jalaludin Ismail,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT
Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 11 Mac sehingga 14 Mac 2013 yang lepas. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor.
Atlet dari SMK.Tapu turut sama menyertai acara yang diadakan. Setiausaha Sukan, En. Mohd Hasnizan Sulong hanya menghantar peserta untuk acara terpilih sahaja kerana kekurangan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, atlet yang terpilih telah menunjukkan kesungguhan dalam acara yang disertai. Pencapaian yang diperolehi oleh kontigen SMK Tapu amat memberangsangkan jika hendak dibandingkan dengan bilangan pelajar dan kemudahan yang ada.
Atlet SMK Tapu telah merangkul emas dalam lima acara yang disertai. Mohd Nasarudin telah mendapat tiga emas bagi acara Lompat Kijang L18 tahun, Lompat Jauh L18 dan Lompat Tinggi L18. Bagi acara lompat tinggi, Mohd Nasarudin telah membuat lompatan setinggi 1.80m dan telah memecah rekod kejohanan. Tuaian emas juga telah dicapai bagi acara Lempar Cakera L18 yang disertai oleh Mohd Syuaib dan acara Lompat Jauh P15 melalui Marwani Fhakirah.
Mohd Nasarudin juga telah terpilih sebagai olahragawan bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT 2013. Secara keseluruhannya SMK Tapu berada di tempat ke empat .
Tahniah kepada semua dan anda semua menjadi kebanggaan warga sekolah.
Friday, 8 March 2013
Pengetua menerima kad ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru
Sambutan hari lahir bagi warga yang dilahirkan bulan Februari bagi program Amalan Guru Penyayang telah diadakan pada 4 Mac yang lepas. Tuan Pengetua adalah merupakan salah seorang warga sekolah yang diraikan. Sambutan ini diadakan sewaktu perhimpunan mingguan dan telah diraikan oleh semua warga sekolah.
SELAMAT HARI LAHIR
Monday, 25 February 2013
Penyampaian Watikah Pengawas dan Pengawas PSS
Majlis Penyampaian Watikah kepada pengawas telah diadakan pada pagi Ahad, 24 Februari 2013 yang lepas. Majlis perasmian dan penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Azmi bin Awanglah, Ketua Siasatan Bahagian Jenayah, IPD Kuala Berang. Seramai 24 orang pengawas dan 20 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah telah menerima Sijil Perlantikan pada hari tersebut. Semoga semua pelajar yang dilantik dapat melaksanakan tugas membantu guru dalam meningkatkan lagi disiplin rakan pelajar yang lain.
Kursus Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Badan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama kaunselor Sekolah telah berjaya mengadakan satu kursus kepimpinan yang telah diadakan pada 21 Februari dan 22 Februari 2013 yang lepas. Kursus kepimpinan ini diadakan di SMK Tapu dan dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsudin Abd.Rahman,Pengetua SMK Tapu.
Diharapkan dengan kursus ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pengawas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
