27 September 2012, Khamis. - Satu pertandingan nyanyian kumpulan koir bagi sekolah-sekolah daerah Hulu Terengganu telah diadakan. Pertandingan ini diadakan di Dewan SMK.Bukit Diman, Ajil, Terengganu. Semua 14 buah sekolah menengah daerah Hulu Terengganu telah mengambil bahagian.
SMK.Tapu telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Satu usaha dan komitmen yang baik telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah. Tahniah atas kejayaan yang dicapai, semoga akan lebih berjaya di masa-masa akan datang.
Maklumat Tapu
Sunday, 30 September 2012
Sembahyang Hajat dan Majlis Bacaan Yasin
Guru bersama ibu bapa pelajar telah mengadakan satu majlis sembahyang hajat dan bacaan yasin selepas solat maghrib pada 27 Sept 2012 , bersamaan hari Khamis malam Jumaat yang lepas. Majlis ini telah diadakan di Masjid Kg.Tapu dan mendapat kerjasama dari jawatankuasa masjid. Majlis ini diadakan untuk mendoakan kejayaan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan. Majlis ini berakhir selepas solat Isyak iaitu kira-kira pukul 9.00 malam.
Sambutan Hari Malaysia dan penutup Bulan Kemerdekaan telah diadakan 13 September, hari Khamis. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah Bual Bicara Kemerdekaan . Tn.Hj.Ghazali Yusof , pesara guru dan imam masjid Kg. Nasi Dingin, Kuala Berang telah dijemput bagi bual bicara tersebut dan Hj.Zubaidi bersama Pn.Chamely telah dipilih sebagai pemudahcara.
Beberapa acara persembahan pelajar juga dipertandingkan dan Tuan pengetua telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah berjaya.
Friday, 31 August 2012
Sambutan Hari Merdeka yang ke 55, Peringkat sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tapu telah diadakan pada 30 Ogos 2012, hari Khamis yang lepas. Sambutan ini diadakan di dewan terbuka sekolah dengan menyanyikan lagu patriotik seperti Lagu Tema 55 tahun Merdeka, Janji di Tepati, 31 Ogos, Warisan, Satu Malaysia dan Jalur Gemilang. Pelajar bersama-sama mengibarkan jalur gemilang.
Selain dari sambutan merdeka, pihak sekolah juga bersetuju menyambut dan mengadakan jamuan hari raya. Selaras dengan itu, Sambutan ini dinamakan sebagai 'Sambutan MerdekaRaya'. Pertandingan nyanyian lagu patriotik dan lagu raya secara karaoke diadakan. Sambutan pelajar telah memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.
Selain dari sambutan merdeka, pihak sekolah juga bersetuju menyambut dan mengadakan jamuan hari raya. Selaras dengan itu, Sambutan ini dinamakan sebagai 'Sambutan MerdekaRaya'. Pertandingan nyanyian lagu patriotik dan lagu raya secara karaoke diadakan. Sambutan pelajar telah memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.
Tahniah dari semua warga sekolah untuk mereka berdua.
Subscribe to:
Posts (Atom)


